Bulu Kucing ini Berubah Jadi Dreadlocks Karena tidak Diurus Bertahun-Tahun. Lihat Hasilnya Setelah Dirapikan !
Seekor kucing bernama Hidey 'bertukar menyerupai sotong oktopus' setelah dia bertahun-tahun diabaikan oleh tuannya yang mengalami penyakit Alzheimer. Difahamkan, Hidey mula menjadi tidak terurus sehinggakan bulu-bulunya menjadi kusut seterusnya bertukar menyamai rambut dreadlocks. Foto kucing feline itu dimuat naik oleh laman Facebook, Animal Rescue League Shelter & Wildfire Center di Pittsburgh, Pennsylvania. Posting foto itu berkata: "Kucing malang ini dibawa ke klinik kami semalam selepas tuannya yang sudah tua terpaksa berpindah ke rumah rumah jagaan orang tua. "Ia menderita kekusutan teruk, menampakkannnya seperti sudah diabaikan bertahun-tahun lamanya. "Pasukan medikal kami telah memotong bulu-bulu kusut itu dan kini, dia merasa semakin sihat. Dia akan dijaga oleh saudara terdekat tuannya dan akan berpeluang untuk hidup gembira semula.", sambung posting itu. Hidey dijumpai oleh saudara terdekat tuannya, Paul Russel, yang risau tentang kucing di rum...